Sunday, January 18

utp night 1

Disebabkan kesuntukan masa akibat suka makan dan merayau-rayau, tiada masa untuk mengemas dan mengepack barang barang untuk balik ke utp. ah, cepatnyer masa berlalu kan, dah genap lapan bulan saya membuat latihan practikal kat kl. tak sangka. ish ish ish..

disebabkan sang kancil kecil dan tidak berpunggung, ditambah pulak barang barang saya yang menganas banyak dan si laiyee turut menyertai perjalanan ini (yang mempunyai bagasi yang sebesar setinggi saya) saya kena mengesortkan sebahagian barang barang yang tidak penting supaya kakak saya yang kecil molek boleh menolong saya membawa balik minggu ini.

dengan ketidakcukupan tidur, saya sampai dengan selamat. saya bersyukur ahamdullilah kerana kali ini saya menetap di tingkat 3, berbanding dgn tingkat 5 tahun lalu. dengan sepasang tangan saya mengangkat, memikul dan menarik bagasi.

bilik sekarang boleh tahan la, tak sebaik bilik dulu yang masih first hand. selepas mengelap dan mengemop, saya mengemas barang barang ke dalam almari dan selepas mandi, saya rasa mengantuk. sekali pandang, rupa-rupanya saya terlupa sesuatu yang sangat penting!!!!

SELIMUT & BANTAL

:(

pengajaran untuk cerita ini: sila tolak semua jemputan untuk ke mamak. LOL

1 comment: